Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAhli Parlimen Kimanis positif Covid-19, tidak hadir upacara angkat sumpah petang ini

Ahli Parlimen Kimanis positif Covid-19, tidak hadir upacara angkat sumpah petang ini

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19 dan tidak dapat hadir mengangkat sumpah jawatan petang ini.

Beliau sepatutnya mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dalam pentabiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Difahamkan, beliau sedang dirawat di Kuala Lumpur dan kesihatannya stabil serta dalam keadaan yang baik.

Seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri dijadual mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 2.30 petang ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan barisan Kabinet beliau.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments