Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAAhli Majlis Tertinggi BERSATU tolak surat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad

Ahli Majlis Tertinggi BERSATU tolak surat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad

Setiausaha Agong Parti BERSATU, Datuk Marzuki Yahya menyatakan kepimpinan parti mengambil keputusan menolak surat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti.

Datuk Marzuki dalam satu kenyataan media berkata Ahli Majlis Tertinggi (AMT) sebulat suara membuat keputusan ketika pertemuan di Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi yang berlangsung semalam.

Tambah beliau, secara jelasnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan terus menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=883627055407820&id=1753747611564288&sfnsn=mo&d=n&vh=e

Dalam pada itu, Marzuki Yahya menegaskan bahawa tidak ada seorang pun ahli parlimen dan pemimpin yang diwarkan-warkan telah keluar daripada BERSATU.

“Kita semua masih dalam satu barisan dan telah membina parti ini jadi kita akan sama-sama mengharungi apa juga halangan dan rintangan.

“Saya pasti kita dapat menghadapi kemelut ini dengan jalan yang terbaik,” jelasnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments