Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAAhli kumpulan Rabbani mohon peminat doakan Nazrul Azhar kembali sembuh

Ahli kumpulan Rabbani mohon peminat doakan Nazrul Azhar kembali sembuh

Siapa tidak kenal kumpulan nasyid terkenal dalam negara, Rabbani. Malah rasanya ramai yang membesar dengan lagu-lagu keagamaan kumpulan ini.

Baru-baru ini perkongsian berita sedih tentang keadaan kesihatan salah seorang anggota kumpulan berkenaan, Nazrul Azhar yang telah dimasukkan ke Hospital Selayang akibat komplikasi darah mengejutkan para peminat.

Dilaporkan kesan dari komplikasi terbabit, penglihatan Nazrul Azhar menjadi kabur serta beliau turut mengalami demam panas.

Berita terbabit dimaklumkan melalui laman Instagram rasmi kumpulan, Rabbani_official.

Kini Nazrul masih menunggu untuk melakukan diaslisis darah dan dia berada dalam keadaan stabil meskipun tahap penglihatannya masih lagi kabur dan demam panasnya masih belum berkurangan.

Kami dari The Malaya Post mendoakan agar Nazrul Azhar dan keluarga diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan ini dan kembali sembuh.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments