Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAAgong seru semua Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021

Agong seru semua Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021

Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru semua ahli Parlimen agar menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November ini.

Baginda menekankan pentingnya belanjawan berkenaan dalam usaha  menangani pandemik COVID-19 dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Demikian kenyataan pihak media Istana Negara yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin.

 

“Baginda menekankan belanjawan tahun ini adalah amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya para petugas barisan hadapan, untuk  melancar dan meneruskan usaha dasar, membendung dan sererusnya menangani pandemik dari terus merebak.

“Paling penting adalah pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat yang terkesan akibat penularan COVID-19,” titah baginda.

Sehubungan itu, Baginda bertitah sengketa politik untuk kepentingan peribadi hanya akan merugikan negara dan menjadikan rakyat sebagai mangsa terutama pada ketika negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman wabak Covid-19.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas menerima sembah menghadap Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat prakabinet di Istana Negara, hari ini.

Pada sesi menghadap yang berlangsung lebih satu jam bermula dari 8.00 pagi ini, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima taklimat ringkas berkenaan Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen pada 6 November depan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments