Thursday, November 19, 2026
HomePOLITIKAgong Perkenan Terima Pimpinan PAS Menghadap

Agong Perkenan Terima Pimpinan PAS Menghadap

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelmarin berkenan menerima menghadap teraju utama kepimpinan PAS yang diketuai Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

 

Untuk rekod ini adalah pertemuan kali pertama antara Yang di-Pertuan Agong dengan delegasi parti PAS sejak Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada Januari tahun lalu.

 

Dato’ Seri Abdul Hadi dalam kenyataan di Facebook rasminya menjunjung kasih Baginda atas limpah perkenan menerima kehadiran mereka.

 

“Menjunjung kasih KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan Tuanku menerima kehadiran patik-patik sekalian.

“Ampun Tuanku,” katanya.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob

 

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments