Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITAAgong berkenan lancar Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu

Agong berkenan lancar Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu

Kuala Kubu Bharu, 9 Sept 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis pelancaran kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Kubu Bharu, Selangor hari ini.

Turut berangkat KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Bagindan berdua disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Idris Ahmad dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Majlis pelancaran berkenaan dimulakan dengan bacaan al-Quran, disusuli sembah ucapan aluan oleh YB Senator Datuk Idris Ahmad, diikuti sembah taklimat Pengarah Darul Quran, Mohamad Kori Jusoh, persembahan nasyid dan upacara pelancaran tafsir pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu.

Seri Paduka Baginda berdua kemudiannya berkenan melawat bilik kuliah dan beramah mesra dengan kakitangan serta pelajar institut pengajian itu. Baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 20 pelajar Darul Quran Jakim.

Cetakan terbaharu Tafsir Pimpinan Ar-Rahman itu merupakan satu-satunya kitab tafsir yang lengkap diterbitkan bersama oleh JAKIM dan Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd dengan karya terjemahan oleh penulis tempatan yang berkelayakan dan diiktiraf, serta saiz yang lebih besar dan mesra pembaca berbanding versi asal.

Dato’ Salleh Saidin, pemilik syarikat penerbitan Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd

Kepada yang berminat untuk membeli naskah terbaharu kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu ini boleh whatsapps ke talian tertera (pengedar sah).

https://wa.me/p/5404026176352528/60126994456

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments