Pelakon dan penyanyi, Maya Karin terpanggil untuk mengulang kicau semula video seorang remaja perempuan sesuka hati membuang rim motosikal ke dalam sungai.
Ulang kicau beserta status “Dah fedup dengan boyfriend kenapa tak jual je? Lebih berfaedah kot” luahan pelakon kelahiran Jerman itu seolah-olah merasa kesal dengan perbuatan remaja berkenaan.
Dah fed up dengan boyfriend kenapa tak jual je? Lebih berfaedah kot. Anyone know this girl? https://t.co/wQYKdGNhh1
— Maya Karin (@maya_karin) November 26, 2019
Sikap membuang sampah ke dalam sungai pastinya akan mengakibatkan pencemaran alam dan ekosistem sungai terjejas.
Sesiapa sahaja yang melihat situasi sebegini pasti akan merasa marah dan geram atas tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat.
Ada yang berpendapat remaja terbabit mungkin melalui fasa sukar dan berpisah dengan teman lelakinya, justeru dia bertindak membuang rim motosikal ke dalam sungai.

Ada yang turut menyatakan jangan disebabkan masalah putus cinta yang dihadapi sungai pula yang menjadi mangsa melepaskan amarahnya.

“Jagalah sungai kita, itu sumber air yang amat berharga”, tulis seorang pelayar Twitter.
Di ruangan komen pula penuh dengan pelbagai respon dari warganet malah ada juga yang turut memberi pendapat masing-masing.


Leave a Reply