Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATengku Hassanal tamat kursus ketenteraan dan bakal pulang 13 Disember, Raja Permaisuri...

Tengku Hassanal tamat kursus ketenteraan dan bakal pulang 13 Disember, Raja Permaisuri Agong luah rasa syukur dan teruja

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang kini sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom dijangka bakal pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Berita kepulangan anakanda pasangan diraja Pahang itu dimaklumkan sendiri oleh ibundanya iaitu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di laman Twitter.

Baginda meluahkan rasa syukur dan teruja atas perkhabaran penamatan kursus ketenteraan anakanda yang dijangka pulang pada 13 Disember ini.

Anakanda putera raja akan berkhidmat di Rejimen 12 Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 12 Kuantan, Pahang sejurus tiba di tanah air.

Tambahnya, baginda dan Yang di-Pertuan Agong sekeluarga akan sama-sama menghadiri majlis tamat latihan anakanda tercinta pada tarikh berkenaan di negara itu.

Dikhabarkan juga Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal akan menunaikan ibadah Umrah pada Januari tahun hadapan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments