Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABANJIR DI PANTAI TIMUR : Hujan lebat berterusan, mangsa banjir di Kelantan...

BANJIR DI PANTAI TIMUR : Hujan lebat berterusan, mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat

Hujan lebat berterusan di Kelantan mengakibatkan lebih ramai penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan dari masa ke semasa.

Mangsa banjir daripada 4.496 orang semakin meningkat sebanyak 5,491 orang sehingga jam 12 tengah malam semalam.

Seramai 1,578 keluarga ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh jajahan iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 3,231 mangsa daripada 970 keluarga di 18 PPS.

Kota Bharu pula mencatatkan mangsa banjir seramai 739 mangsa daripada 209 keluarga di tujuh PPS.

Pasir Puteh mencatatkan seramai 611 mangsa daripada 165 keluarga di tujuh PPS dan di Tanah Merah terdapat 284 mangsa daripada 78 keluarga di lapan PPS.

Seramai 235 mangsa daripada 52 keluarga ditempatkan di dua PPS di kawasan Bachok, manakala Machang mencatatkan 182 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan ke empat PPS.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments