Selebriti Hollywood, Angelina Jolie tampil menghiasi muka depan majalah Harper’s Bazaar untuk keluaran Disember 2019/Januari 2020.
Pelakon utama Maleficent : Mistress of Evil itu kelihatan tampil sensual tanpa seurat benang.

Membawa tema aksi ‘berbogel’, pelakon berkenaan hanya diselimuti dengan sehelai kain chiffon berwarna putih dan hampir menunjukkan seluruh tubuhnya.


Ketika di temubual oleh krew majalah fesyen Amerika, pelakon terkenal itu menceritakan beberapa kisah peribadinya termasuklah waktu ketika remaja serta alam rumah tangga.
Menurut Angelina, sejak empat tahun yang lalu kehidupannya diselubungi dengan pelbagai parut emosi yang sukar untuk ditangani.
“My body has been through a lot over the past decade, particularly the past four years, and I have both the visible and invisible scars to show for it. The invisible ones are harder to wrestle with.”
“Sometimes you get hurt, you see those you love in pain, and you can’t be as free and open as your spirit desires”.
Pelakon cantik ini mendakwa sedikit sebanyak dirinya merasa terkurung dan tidak bebas untuk melakukan apa sahaja yang dimahunya oleh kerana kebebasan itu disekat oleh bekas suaminya Brad Pitt.
Untuk rekod, selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga Angelina Jolie dan Brad Pitt memutuskan untuk bercerai pada September 2016.

Melalui perkahwinan singkat itu, pasangan ini mempunyai enam orang anak dan tiga daripadanya adalah anak angkat. Kesemua anaknya kini berada di bawah jagaan Angelina.


Leave a Reply