Thursday, November 19, 2026
HomeBERITARosni Zahari raih anugerah 'Leader of Public Diplomacy, di Moscow

Rosni Zahari raih anugerah ‘Leader of Public Diplomacy, di Moscow

MOSCOW – Malaysia mencipta kejayaan di pentas antarabangsa apabila Datuk Rosni Zahari, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, dinobatkan sebagai penerima anugerah “Leader of Public Diplomacy” dalam kategori Laureates of Cultural Diplomacy Volunteering pada World Public Summit di Moscow, Rusia semalam.

Datuk Rosni yang juga Ketua Kluster Keusahawanan, Dasar, Pelan dan Tindakan Wanita Pahang (DPTWP) serta Pengerusi Yayasan Juwita, berjaya meraih pengiktirafan terbabit selepas bersaing dengan 20 finalis dari 20 negara, melalui beberapa pusingan saringan daripada ratusan permohonan seluruh dunia.

Antara negara yang diwakili peserta antarabangsa termasuk India, Brazil, Itali, Kazakhstan, Uzbekistan, Afrika Selatan, Australia, Zambia, Syria, Perancis, Sepanyol, Tanzania, Ivory Coast, Ethiopia, Morocco, Panama, United Kingdom, Rusia, Iran, Turkmenistan, Moldova dan Thailand.

Dalam pembentangan akhir, Datuk Rosni mengetengahkan program BOLD – Building Opportunity through Leadership and Digital Entrepreneurship Skill, yang memfokuskan pemerkasaan wanita dan anak muda Malaysia melalui kepimpinan serta kemahiran keusahawanan digital.

“Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Sri Wan Rosdy, Menteri Besar Pahang, Tan Sri Noorul Ainur, Pengerusi DPTWP, dan YB Dato’ Sabariah, Exco Kerajaan Negeri Pahang, atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan.

Kemenangan ini adalah kemenangan bersama,” katanya kepada The Malaya Post.

Yang pasti, kejayaan ini menjadi kebanggaan Malaysia dan Pahang, sekali gus mengetengahkan sumbangan wanita Malaysia dalam memperkasakan komuniti serta membina peluang untuk generasi muda di peringkat antarabangsa.–THE MALAYA POST

THE MALAYA POST – WITHOUT FEAR OR FAVOUR!

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments