Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABertanya soalan bukan jenayah, itu tugas wartawan 

Bertanya soalan bukan jenayah, itu tugas wartawan 

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025 — Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia mengecam tindakan seorang individu yang didakwa mewakili seorang hakim kanan kerana membuat laporan polis terhadap wartawan Malaysiakini, hanya kerana wartawan tersebut menghubungi hakim berkenaan untuk mendapatkan ulasan.

Laporan polis yang difahamkan dibuat pada 12 Jun lalu itu merujuk kepada tindakan wartawan menghubungi hakim tersebut bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan tertentu yang timbul dalam satu mesyuarat tertutup.

Presiden Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia, Nik Suryani Megat Deraman menegaskan bahawa tindakan wartawan untuk mendapatkan pengesahan atau komen daripada pihak yang terlibat adalah sejajar dengan prinsip kewartawanan beretika.

Katanya ia bukan sahaja merupakan amalan asas dalam profesion kewartawanan, malah satu bentuk tanggungjawab untuk memastikan laporan yang disiarkan bersandarkan kepada fakta yang sahih dan adil kepada semua pihak.

Beliau juga menekankan bahawa menghubungi sumber atau pihak berkepentingan sebelum menerbitkan laporan adalah selaras dengan piawaian profesional dan kod etika kewartawanan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sehubungan itu, katanya tindakan wartawan mengemukakan soalan tidak seharusnya dijadikan asas kepada laporan polis atau sebarang siasatan jenayah.

Jelasnya hak wartawan untuk bertanya soalan mesti dipertahankan dan dilindungi di bawah prinsip kebebasan media.

“Kami memperjuangkan kebebasan, akauntabiliti dan profesionalisme media, serta menyeru semua pihak termasuk institusi kehakiman dan agensi penguatkuasaan agar memahami serta menghormati peranan media dalam sistem demokrasi yang matang.

“Sebagai solidariti, kami menyatakan sokongan penuh kepada Malaysiakini dan seluruh warga wartawan yang menjalankan tugas mereka dengan etika, tanggungjawab dan keberanian.” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments