Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAUMNO pemilik naratif Melayu-Islam, bukan penumpang sejarah

UMNO pemilik naratif Melayu-Islam, bukan penumpang sejarah

SELAYANG, 11 Mei 2025 — “UMNO adalah pemilik sebenar naratif perjuangan Melayu dan Islam. Kita mengangkat teras-teras ini dan menginstitusikannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican, sempena Ulang Tahun UMNO ke-79 hari ini.

Beliau berkata, UMNO tidak harus berasa janggal, defensif atau bersalah apabila dituduh tidak sehaluan dengan pihak-pihak yang mendakwa membawa panji perjuangan Melayu dan Islam.

“UMNO bertahan bersendirian sejak 1946 dalam mendokong agenda Melayu dan Islam. PAS sendiri hanya bersama antara 1973 hingga 1978. Hakikat ini wajar dihayati pejuang sejati UMNO agar tidak terpedaya dengan naratif yang terpesong dan buta sejarah,” katanya.

Walaupun UMNO membentuk kerjasama politik dengan parti-parti pelbagai kaum sejak 1951 demi kestabilan negara, asas perjuangannya tetap tidak berubah mempertahankan maruah Melayu, kedudukan Islam, serta institusi Raja-Raja Melayu sebagai tiang seri negara.

Sebagai latar sejarah, penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 tercetus daripada kebangkitan orang Melayu menolak sistem Malayan Union yang dilihat menghakis kuasa Raja-Raja dan merombak kontrak sosial. Momen itu menjadi pemula kepada perjuangan politik tersusun bangsa Melayu.

Hasnal turut mengimbas bagaimana UMNO menerima parti-parti lawan seperti PAS, Gerakan, Berjaya dan PBS ke dalam Barisan Nasional pasca 1969 atas semangat nasional dan kebersamaan, tanpa mengorbankan asas perjuangan.

Ulang tahun UMNO ke-79, katanya, bukan sekadar imbauan sejarah, tetapi peringatan bahawa naratif Melayu-Islam yang sahih tidak harus digadai atas kepentingan sementara.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments