Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJom Cuci Masjid 2025: Kampung Chin Chin jadi lokasi ke-55 program amal

Jom Cuci Masjid 2025: Kampung Chin Chin jadi lokasi ke-55 program amal

Program amal dan kemasyarakatan, Jom Cuci Masjid atau JCM membuka Tirai 2025 dengan memilih Masjid Kampung Chin Chin Jasin, Melaka sekaligus muncul aktiviti ke-55, sejak lebih 10 tahun penubuhannya.

Peserta berlepas dari kira-kira jam 8.30 pagi selepas “Flag Off” di Masjid As Sajidin Simpang Kerayong baru-baru ini.

Sejurus tiba di masjid Al Junid Kampung Chin Chin, lebih 300 peserta dan Bikers, menjamu selera dengan hidangan sarapan Nasi Goreng Chin Chin.

Peserta kemudianya bersama sama menunaikan Solat sunat Dhuha.

Usai solat, peserta memulakan kerja pembersihan selepas pembahagian tugasan termasuk mencuci tandas,ruang solat dan sistem hawadingin masjid dengan kerjasama erat Jawatankuasa Masjid serta penduduk kampung.

Selain kawasan persekitaran masjid, gotong royong turut merangkumi kerja membersih tanah perkuburan Kampung Chin Chin.

Selesai tugasan, peserta bergerak ke Cafe Markisa Jasin bagi program “Bicara Santai” oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek, Penasihat Sifu Bikerz dan tetamu jemputan,  Pengasas Richwell, Profesor Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Antara topik yang dibincangkan termasuk amalan mensyukuri, menghargai serta mendoakan kedua ibubapa serta memperkasa amalan bersedekah dan sentiasa berusaha memperbaiki akhlak ke arah kebaikan.

Peserta kemudian menunaikan Solat Zohor Berjemaah.

Daging Salai masak lemak dan ayam masak merah menjadi hidangan makan tengahari bersama minumam lazat air buah Markisa yang dipetik di kawasan cafe berkenaan.

Pertubuhan Kebajikan RichWell menyerahkan sumbangan Beras dan barangan dapur manakala kelengkapan pengurusan jenazah serta telekung sumbangan Kiswah Care dan Pertubuhan Addeen.

Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan beras dan barang keperluan asas kepada komuniti asnaf qariah Masjid Kampung Chin Chin Jasin, Melaka.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments