Thursday, November 19, 2026
HomeBERITALelaki bukan Islam ceroboh Masjid TTDI, ada rekod psikiatrik, kini direman –...

Lelaki bukan Islam ceroboh Masjid TTDI, ada rekod psikiatrik, kini direman – Ayob Khan

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Seorang lelaki bukan Islam dengan sejarah masalah psikiatrik ditahan dan kini direman selepas menceroboh Masjid Taman Tun Dr Ismail (TTDI) serta mengganggu jemaah yang sedang bersiap untuk solat Subuh pada awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan, mengesahkan perkara tersebut selepas video berdurasi 2 minit 46 saat mengenai insiden itu tular di media sosial sejak tengah hari Khamis.

“Suspek telah ditahan dan kini direman untuk membantu siasatan. Berdasarkan maklumat awal, individu ini mempunyai rekod psikiatrik,” ujar Ayob Khan ketika dihubungi.

Memetik satu kenyataan media Ketua Polis Daerah Brickfield, pihak polis telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu pada pagi semalam.

Insiden berkenaan turut menyebabkan kerosakan pada satu unit televisyen dan sebuah kerusi di dalam masjid.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

 

Siasatan awal polis mengesahkan suspek, yang berusia 25 tahun telah disahkan mengalami masalah mental sejak April 2022.

Kali terakhir dia menerima rawatan adalah pada 16 Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun tiada rawatan susulan selepas tarikh tersebut.

Terdahulu media melaporkan, sebelum insiden berlaku, lelaki tersebut dilaporkan memandu sendirian dari kediamannya di Jalan U Thant menuju ke Masjid TTDI sekitar jam 5.40 pagi.

Keluarganya yang menaiki kenderaan berasingan dilaporkan mengekori rapat untuk memantau keadaannya.

Setibanya di masjid, lelaki itu meluru masuk secara tiba-tiba dan mencetuskan kekecohan ketika jemaah sedang bersiap untuk solat Subuh.

Walaupun tindakannya menimbulkan keresahan, jemaah dan ahli keluarganya berjaya menenangkannya sebelum dia dibawa keluar.

Suspek kemudiannya ditahan oleh polis yang segera membawa lelaki itu ke PPUM untuk pemeriksaan. Doktor mengesahkan dia adalah pesakit mental.

Dalam pada itu, polis turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi membantu siasatan.–THE MALAYA POST

Seorang lelaki bukan

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments