Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJCM menutup tirai aktivitinya bagi kalender 2024

JCM menutup tirai aktivitinya bagi kalender 2024

Program amal dan kemasyarakatan, Jom Cuci Masjid atau JCM memilih Masjid Al Hidayah Kampung Batu 3 Temoh, Tapah, Perak sebagai lokasi terakhir aktivinya sekaligus ke-54, sejak lebih 10 tahun penubuhannya.

Masjid ini, sangat popular kerana sentiasa menjadi tumpuan musafir yang memilih untuk berehat dan beristikaf di sini.

Malah, masjid ini juga sering menyediakan makanan secara percuma kepada musafir yang singgah di sini.

Kira-kira jam 8.30 pagi, peserta sudah berkumpul
di Taman Awam Tasek Temoh, Tapah, Perak, bagi upacara “Flag Off”.

Setibanya di masjid ini, peserta dan Bikers, dihidangkan dengan sarapan dikenali sebagai
Lempeng Kinjang.

Sejurus itu, peserta memulakan aktiviti dengan Solat Dhuha berjemaah.

Selepas selesai pembahagian tugasan, peserta memulakan kerja pembersihan.

Ini termasuk, mengecat dan mencuci masjid oleh peserta dan penduduk kampung.

Terutama kerja membersih kawasan persekitaran masjid.

Tidak ketinggalan, kerja membersih tanah perkuburan yang terletak berhampiran masjid ini.

Selesai semua tugasan membersih, peserta bergerak dari Masjid Al Hidayah Kampung Batu 3 Temoh, menuju ke Lata Kinjang, Kg Kinjang Baru, Chenderiang, Perak.

Di sini, diadakan program “Bicara Santai” oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek, Penasihat Sifu Bikerz dan tetamu jemputan, Ustaz Jafri Abu Bakar Al Mahmoodi.

“Kami gembira kerana program JCM terus mendapat sambutan baik, sama ada daripada penduduk mahupun orang luar,” kata ustaz Hanafiah Abdul Malek, Penasihat Sifu Bikerz.

Selesai, peserta
bergerak semula ke Masjid Al Hidayah Kampung Batu 3 Temoh, Tapah.

Di sini, mereka Solat Zohor berjemaah.

Selesai, peserta dihidang makan tengahari, “Patin Mesra Musafir Temoh” beramai-ramai bersama penduduk kampung.

Di penghujung program, ucapan wakil Masjid Al Hidayah Kampung Batu 3 Temoh, Tapah diikuti,
ucapan wakil JCM.

Tidak ketinggalan, penyerahan sumbangan beras dan barang keperluan asas kepada komuniti asnaf qariah Masjid Al Hidayah Kampung Batu 3
Temoh, Tapah.

Sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan RichWell.
Tidak ketinggalan, penyerahan sumbangan barangan dapur 50 set, kepada komuniti sama.

Sumbangan ini, daripada Tabung Haji yang turut membawa trak bergerak untuk kemudahan pengunjung berurusan dengan Tabung Haji.

Turut menyumbang, penyerahan sumbangan wang dari Perbadanan Ekonomi Islam Perak serta
penyerahan sumbangan wang daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments