Kuala Lumpur, 30 Nov – Seorang murid tahun satu mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang wanita warga asing di Bukit Sentosa, Rawang, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan medianya berkata insiden itu berlaku sekitar jam 6.15 petang ketika kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersebut cuba melintas jalan.

“Sebaik sahaja turun dari van sekolah, mangsa dikatakan berjalan ke bahagian belakang van untuk melintas jalan sebelum dirempuh oleh Mitsubishi Triton, menyebabkan kaki kirinya patah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu. Sementara itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 46 tahun tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply