Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASeramai 3,029 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry Kadir

Seramai 3,029 penuntut IPTA terjejas banjir – Zambry Kadir

PUTRAJAYA, 29 Nov – Sebanyak 3,029 penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjejas akibat banjir.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kampus manakala 42 lagi dipindahkan ke PPS luar.

Katanya, pelajar yang terkesan khususnya di Pantai Timur melibatkan Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaysia Kelantan serta politeknik.

“Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zaini Ujang untuk berjumpa sukarelawan institusi pendidikan tinggi (IPT) agar siap siaga (hadapi banjir),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penutup Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pada Jumaat.

Zambry berkata, bantuan KPT akan diberikan kepada pelajar yang terjejas termasuk bakul makanan, pengangkutan, hotline serta kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memastikan keselamatan mangsa.

Dalam pada itu NADMA dalam satu kenyataan berkata telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat (PKOB) bagi menyelaras dan memantau operasi menyelamat dan pengurusan mangsa banjir di lapangan memandangkan jumlah mangsa telah meningkat secara mendadak di Kelantan.

Memetik kenyataan itu, NADMA ketika ini Kelantan dan Terengganu sedang berhadapan dengan situasi banjir yang buruk dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan sangat lebat berterusan (bahaya) hingga esok berkemungkinan boleh menyebabkan banjir lebih besar.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments