Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya menjemput anda ke Festival Idea Putrajaya bermula esok hingga Jumaat ini (27-29 November 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Antara tarikan menarik:
- Kisah kejayaan tokoh seperti AirAsia, Carsome, dan Aphelia Space.
- Solusi isu semasa.
- Pameran inovasi dan penyelidikan IPT.
- 2,000 peluang pekerjaan oleh lebih 100 syarikat.
- Program silang budaya dan kebudayaan.
- Perkhidmatan rakyat seperti PTPTN, MQA, dan biasiswa.
- Dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 28 November.
Jom bersama kita meriahkan Putrajaya sebagai City of Ideas!

Leave a Reply