Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASkim Perubatan Madani khusus untuk B40, manfaatkan 70,000 isi rumah

Skim Perubatan Madani khusus untuk B40, manfaatkan 70,000 isi rumah

PUTRAJAYA 15 Jun – Bermula hari ini, skim Perubatan Madani dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata skim dilaksanakan secara rintis di 10 daerah itu, memperuntukkan RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan (RM125) dan bujang (RM75).

Katanya, penerima manfaat termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh mendapatkan beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah habis.

“Rawatan pesakit luar kes akut percuma yang ditawarkan menerusi skim ini merangkumi rawatan bagi demam selsema, cirit birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi.

“Bagaimanapun, pakej rawatan skim ini tidak merangkumi rawatan akut seperti imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan penyakit tidak berjangkit, rawatan susulan ibu dan anak rutin, perancangan keluarga rutin, perkhidmatan rehabilitasi serta permohonan ubat-ubatan dan suplemen tanpa konsultasi doktor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Skim Perubatan Madani sebagai antara inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan.

Ia bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di klinik pengamal perubatan swasta umum (GP) berhampiran, sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

Dr Zaliha berkata, program rintis skim berkenaan bermula di 10 daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak) bermula hari ini hingga 31 Disember depan.

“Skim Perubatan Madani ditawarkan secara automatik kepada penerima STR dengan membantu menampung kos rawatan kes akut. Perkhidmatan percuma ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di GP kepada penerima manfaat mengikut pakej ditentukan,” katanya.

“Pra-pendaftaran adalah tidak diperlukan untuk menikmati manfaat Skim Perubatan Madani bagi penerima STR dan tanggungannya, sebaliknya mereka hanya perlu membawa kad pengenalan semasa mendapat rawatan di GP berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui ProtectHealth menyasarkan 700 GP untuk mendaftar sebagai panel Skim Perubatan Madani menjelang September depan.

“Ketika ini empat sesi penerangan dan latihan kepada GP sudah dijalankan dan dijangka 10 sesi lagi akan dijalankan bagi mencapai sasaran GP yang berdaftar untuk skim ini,” katanya lagi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments