Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJom cuci Masjid Edisi Khas sempena ketibaan Ramadan

Jom cuci Masjid Edisi Khas sempena ketibaan Ramadan

Program amal dan kemasyarakatan, Jom Cuci Masjid atau JCM, diteruskan apabila memilih Masjid Al Mutmainnah, Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor lokasi ke-42, untuk aktiviti amalnya.

Lebih meriah, di lokasi ini, turut meraikan satu lagi edisi khas JCM sempena ketibaan Ramadan, yang hanya beberapa hari sahaja lagi.

Seawal jam 8.30 pagi, peserta “Jom Cuci Masjid” sudah berkumpul di Paya Indah Wetlands, Banting, Selangor.

Program kali ini, turut menerima sambutan baik apabila disertai lebih 200 penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Sekaligus Masjid Al Mutmainnah ini, yang ketiga dalam kalender aktiviti JCM tahun ini.

“Flag Off” peserta dan Bikers disempurnakan Penguasa Paya Indah Wetlands dan wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dengan diiringi anggota PDRM.K

Kira-kira jam, 9 pagi, peserta JCM tiba di Tandom Hill, Banting, untuk memulakam program “Bicara Santai” bersama Ustaz Hanafiah Abdul Malek serta Mentor Pelaburan Saham Syariah Dan Pengasas Asri Ahmad Academy Sdn Bhd, Datuk Mohd Asri Ahmad.

Selesai, peserta bergerak ke Masjid Al Mutmainnah, Kampung Labohan Dagang, Banting, untuk bersarapan.

Sebelum memulakan kerja pembersihan dan mencuci, seperti kelaziman peserta melakukan Solat Dhuha berjemaah.

Kemudian, kerja mencuci dan mengecat masjid serta kawasan sekitar bermula oleh peserta dan penduduk kampung terutama kariah masjid.

Manakala bikers melakukan kerja membersih Tanah Perkuburan Islam Labohan Dagang, Banting.

Di majlis ini, wakil dari
Mahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia, turut hadir dan melahirkan syukur dan terima kasih kepada rakyat negara ini yang banyak membantu.

Di majlis ini, JCM menerusi pengasasnya, Jalil Kamaruddin, turut menyerahkan barangan keperluan asas kepada komuniti termasuk penyerahan 50 kampit beras kepada asnaf kariah Masjid Innayatur Rahman, Kampung Batu Laut, Banting.

Selepas solat Zohor berjemaah peserta dijamu dengan makan tengahari.

Timbalan Menteri Kementerian Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu, turut menghantar 50 bakul Rahmah untuk diserahkan kepada asnaf sebagai sokongan padu kepada program anjuran JCM ini.

Hadir di majlis ini, B.Chendren Balakrishnan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sepang.

Turut menyumbang, Yayasan Al-Tarmidhi dan Kelab DZ bikers, menerusi penasihatnya, Datuk Zailan Mohamed.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments