PETALING JAYA, 6 Mac – Wanita UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem kontroversi Mentega Terbang yang jelas bukan sahaja mempunyai unsur-unsur yang tidak wajar untuk tatapan umum masyarakat di negara ini, tetapi telah menghina dan memperlekehkan kesucian agama Islam.
Menurut Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Seri Dr Noraini Ahmad berkata tayangan cerita seumpama ini seolah-olah cubaan untuk mempromosikan budaya “TAK APA” dalam kalangan masyarakat majmuk khususnya umat Islam.
Jelasnya impak penyebaran filem ini amat besar kerana ia boleh memesongkan akidah dan mengelirukan umat Islam terutama anak muda. Tayangan filem seperti ini tidak boleh di normalisasikan di negara ini.
Justeru, Wanita UMNO menggesa Kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem kontroversi Mentega Terbang ini.
“Wanita UMNO juga menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji, memperhalusi dan menambahbaik garis panduan sedia ada serta bentuk-bentuk penguatkuasaan undang-undang supaya perkara ini tidak berulang pada masa yang akan dating
“Dalam kita hendak menggalakkan industri kreatif di negara ini, perlu ada satu mekanisme yang jelas sebelum mana-mana filem ditayangkan bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini,” katanya kepada The Malaya Post.
Terdahulu, FINAS mendedahkan penerbit filem Mentega Terbang iaitu Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainmet, tidak memohon Surat Perakuan Penggambaran (SPP) serta tiada lesen pengeluaran filem daripada agensi terbabit dalam menghasilkan naskhah kontroversi itu.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilaporkan memanggil penerbit filem Mentega Terbang yang didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang memegang Mazhab Syafie.
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply