Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS bersifat sementara

Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS bersifat sementara

KOTA BHARU, 18 September – Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS dijangka bersifat sementara.

Katanya kejatuhan nilai ringgit sejak seminggu lalu itu membabitkan banyak faktor antaranya adalah penyelarasan dasar monetari yang sedang dilakukan oleh kedua-dua negara.

“Sekarang ini Amerika Syarikat meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara mendadak menyebabkan pelaburan lain melabur menggunakan AS$ untuk keuntungan lebih dengan nilai OPR yang tinggi.

“Kita pula baru-baru ini menurunkan kadar OPR kerana kelembapan ekonomi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan apabila ekonomi dibuka semula, kita perlu bersaing dengan negara-negara yang lain,” katanya.

“Untuk tempoh ini ada positif dan negatif. Positif kerana barangan dieksport akan mendapat nilai yang lebih tinggi namun untuk import kita perlu membayar lebih kerana bayaran dibuat dalam AS$.

“Disebabkan itu perlu pelarasan selain membina ketahanan ekonomi melalui peningkatan produktiviti dan memperbanyakkan barang gantian import. Rakyat Malaysia disaran membeli barangan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas, di sini, pada Ahad.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments