Sebanyak 12,017 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, semalam.
Ia mencakupi 6,646 kes (55.3 peratus) berada dalam Kategori Satu atau tidak bergejala.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan, ia membabitkan 11,958 penularan tempatan dan 59 kes import, sekali gus membawa kepada jumlah kumulatif 4,268,486 jangkitan.
Beliau berkata, sebanyak 5,303 jangkitan baharu (44.13 peratus) itu berada dalam Kategori Dua, manakala Kategori Tiga pula 28 kes, Kategori Empat (15) dan Kategori Lima (25).
“Secara keseluruhan daripada jangkitan baharu dalam Kategori Tiga hingga Lima, 40 kes membabitkan individu ada komorbid; berumur 60 tahun ke atas (38); individu sudah menerima dua dos vaksin tetapi tiada dos penggalak (29); individu sudah menerima dos penggalak (24); dan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksin (15),” katanya.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply