Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAMai ke Program Outreach KPLB@Padang Terap

Mai ke Program Outreach KPLB@Padang Terap

Berita baik untuk orang Kedah.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB menganjurkan Program Outreach Keusahawanan dan Pendidikan KPLB@Padang Terap hari ni, 18 Disember 2021 di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, Kedah.

Program yang dianjurkan ini merupakan platform untuk mempromosikan kemudahan serta insentif merangkumi pendidikan dan keusahawan dan sebagainya yang disediakan oleh Kementerian dan Agensi seperti KEMAS, MARA, RISDA, FELCRA Berhad dan KEDA.

Bagi usahawan luar bandar yang ingin meluaskan jangkauan perniagaan, KPLB dan Agensi turut menawarkan platform akses pasaran produk / perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang baharu.

Servis motosikal percuma (sehingga 200 motosikal) turut diadakan oleh GIATMARA selain perkhidmatan gunting rambut dan solekan, dandanan dan hiasan kuku oleh GIATMARA dan KEMAS.

Bagi lepasan pelajar sekolah dan belia yang ingin menyambung pengajian, sesi penerangan dan pendaftaran oleh institusi di bawah agensi seperti UniKL, KPTM, IKM, GiatMARA, Kolej FELCRA, Kolej KEDA dan UCAM turut dibuka.

Program dibuka kepada orang ramai bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments