Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMahkamah India benarkan anak Shah Rukh Khan diikat jamin

Mahkamah India benarkan anak Shah Rukh Khan diikat jamin

Mahkamah India membenarkan permohonan ikat jamin ke atas anak bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 23 tahun pada Khamis.

Dia ditahan agensi narkotik atas tuduhan berkaitan dengan rampasan dadah.

Dalam penghakiman itu, Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan dan dua lagi yang mempunyai kaitan dengan kes ini lapor portal India Today.

Isu dadah sejak beberapa hari ini mencetuskan kontroversi, berikutan timbul dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem itu.

Nawab Malik, seorang menteri Kerajaan Maharashtra sebelum ini menuduh agensi dadah yang dikawal kerajaan persekutuan, tidak mempunyai kes kukuh ke atas anak lelaki pelakon itu.

Media pula melaporkan, tiada sebarang dadah terlarang ditemukan pada Aryan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments