Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASonglap geran kerajaan, 17 pengarah syarikat dicekup

Songlap geran kerajaan, 17 pengarah syarikat dicekup

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 17 orang pengarah syarikat kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan geran peruntukan yang dikeluarkan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) lewat malam tadi.

Kesemua suspek berusia 24 hingga 68 tahun yang terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam satu operasi besar-besaran di sekitar Lembah Klang petang semalam.

Dianggarkan puluhan juta ringgit telah dilesapkan oleh kumpulan itu yang pada asalnya memohon geran peruntukan MITRA bagi melaksanakan program-program sosio-ekonomi masyarakat India di Malaysia.

“Siasatan kes ini akan merangkumi semua bentuk permohonan dan perbelanjaan peruntukan geran yang telah disalurkan oleh MITRA bermula tahun 2018 hingga kini.

“Kita menganggarkan hampir 60 peratus daripada peruntukan geran yang diterima daripada syarikat, orang perseorangan dan yayasan bagi tujuan program pembangunan sosio-ekonomi tidak sampai kepada kumpulan sasaran.

“Peruntukan ini dipohon daripada MITRA dan kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan individu tertentu. Tiada program dibuat dan tiada pernyataan perbelanjaan dapat dikemukakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

MITRA distruktur semula pada 2018 ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebelum diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara pada April 2020 hingga kini dengan bajet berjumlah RM100 juta setahun.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi untuk proses reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments