Selebriti media sosial, Maryam ‘Duriankimchi’ selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi satu posting di laman Instagram milik suami Maryam iaitu Ryzal Ibrahim, lelaki berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata mereka memilih nama puteri kesayangan mereka sebagai Rina.
Bayi perempuan itu diberi nama Rina hasil gabungan nama Rizal dan Narae.

Perkongsian foto bayi di platform media sosial peribadinya menerima ratusan ribu tanda suka diiringi ucapan tahniah di ruangan komen disertai doa kesihatan ibu dan anak.
Untuk rekod, pasangan berusia 28 tahun ini bertemu dan menjadi rapat ketika Ryzal melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Kewartawanan di Universiti Korea, Seoul.
Mereka kemudian mendirikan rumahtangga pada 15 Ogos tahun lalu.

Terdahulu, wanita tinggi lampai ini telah memeluk Islam pada 11 Julai 2019 apabila mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul.

Maryam terkenal serta disukai pengikut kerana perkongsiannya yang bersahaja dengan keletah ‘gila-gila’.
Kepelatan berbahasa Melayu yang kedengaran lucu membuatkan penonton terhibur. Malah, Ryzal sendiri sangat suka menyakat isterinya dengan berkongsi perkataan yang salah membuatkan penonton tertawa.
Lihat sajalah u-tube Duriankimchi nya, pastinya anda akan tersenyum.

Kami warga kerja The Malaya Post mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Semoga dengan kehadiran ahli baru akan menyemarakkan lagi kasih sayang pasangan ‘cinta antara benua’ ini.
Selamat berpantang Maryam.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply