Sejumlah 5,516 kes baharu Covid-19 dilapor hari ini menjadikan kumulatif kes cecah 2,407,382.
Angka itu sedikit menurun 229 kes berbanding semalam
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di Twitter berkata, kesedaran orang ramai amat penting untuk mendapatkan vaksin dan mematuhi SOP (prosedur operasi standard).
“Kesedaran orang ramai amat penting untuk mendapatkan vaksin, mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan menjalankan ujian RTK Antigen secara berkala,” katanya di Twitter.
Menurutnya maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW dengan data setiap hari di portal itu dikemas kini selepas tengah malam.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply