Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJasa Guru ibarat lilin yang membakar diri, kesungguhan Cikgu Mejar Al Mubaraq...

Jasa Guru ibarat lilin yang membakar diri, kesungguhan Cikgu Mejar Al Mubaraq mengajar kanak-kanak OKU undang sebak netizen

“Mendidik anak-anak syurga bukan semudah yg disangka.”

“Cikgu berdoa agar kamu berdua dapat memimpin tangan cikgu ke Jannah nanti..”

“#oku

#pekak

#deafchildren

#pendidikankhas

#anakanaksyurgacikgu”

Demikian antara status yang dimuatnaik oleh Cikgu Mejar Al Mubaraq di laman Facebooknya bersama video pembelajaran kanak-kanak istimewa berkenaan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214263382514684&id=1119292900&sfnsn=mo&d=n&vh=i

Perkongsian video yang memaparkan kesungguhan seorang guru mengajar menyebut perkataan ‘AYAH’ terhadap murid istimewa masalah pendengaran mengundang sebak kepada sesiapa yang menontonnya.

Namun ketika kanak-kanak terbabit tidak dapat menyebut dengan betul, guru berkenaan meletakkan tangan muridnya itu di bawah tengkuknya dan terus mengulangi perkataan ‘AYAH’ sehingga kanak-kanak itu dapat menyebutnya walau perkataan dan sebutannya tidak begitu jelas seperti kanak-kanak normal yang lain.

Kebiasaannya, bagi murid istimewa masalah bisu mereka akan berkomunikasi melalui bahasa isyarat tangan namun berbeza dengan adik istimewa ini.

Cara pembelajaran dan pengajaran yang efektif dan usaha Cikgu Mejar Al Mubaraq dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor dipuji ramai kerana usaha gigihnya dalam memberi ilmu kepada anak didiknya meskipun mereka dilahirkan istimewa.

Rata-rata netizen yang menonton video terbabit tersentuh dengan kasih sayang Cikgu Mejar dalam mengajar anak-anak syurga yang gigih mahu menimba ilmu.

Semoga Cikgu Mejar dan guru-guru yang terpilih mengajar anak-anak istimewa diberi kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan agar terus mendidik anak-anak istimewa ini sehingga berjaya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments