KUALA LUMPUR 3 Okt – Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan apabila sebanyak 9,066 kes dilaporkan hari ini berbanding 10,915 semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,277,565.
Sehingga 3 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,066 kes (2,277,565 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,000 (681,616)
Sarawak – 1,418 (215,576)
Sabah – 767 (200,396)
Johor – 981 (199,167)
WPKL – 201 (186,721)
Kedah – 670 (136,789)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 3, 2021
Menurutnya, Sarawak adalah negeri yang melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,418 kes, diikuti Selangor (1,000), Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767) dan Kedah (670).
Pulau Pinang – 620 (132,376)
Kelantan – 796 (118,250)
Perak – 669 (104,719)
Negeri Sembilan – 191 (97,843)
Pahang – 630 (66,682)
Melaka – 206 (59,145)
Terengganu – 827 (57,989)
WP Labuan – 0 (9,969)
WP Putrajaya – 24 (6,230)
Perlis – 66 (4,097)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 3, 2021
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 hingga semalam ialah 52 peratus membabitkan katil bukan ICU dan 58 peratus katil ICU.
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 3 Oktober 2021:
1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 2 Oktober 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 52%
• Penggunaan katil ICU 58% pic.twitter.com/vDuDoUJX5C— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 3, 2021
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply