Sebanyak 12,434 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,232,960 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di Twitter, berdasarkan data harian, Negeri Sarawak kekal merekodkan angka tertinggi dengan 2,968 kes.
3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 29 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu12,434 kes
• Bilangan kes kumulatif 2,232,960 kes— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 29, 2021
Empat lagi negeri dengan kes empat digit ialah Selangor (1,362 kes), Johor (1,289 kes), Kelantan (1,125 kes) dan Sabah (1,000 kes).
Ia diikuti Negeri Perak (971 kes), Pulau Pinang (863 kes), Pahang (663 kes), Kedah (652 kes), Terengganu (612 kes), Melaka (375 kes), Kuala Lumpur (284 kes) dan Negeri Sembilan (169 kes).
Perlis (79 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan (lima kes).–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply