Perkhidmatan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) dilanjutkan lagi selama dua tahun secara kontrak, selepas beliau bersara wajib pada awal bulan depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pelantikan Acryl Sani itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).
Jelas beliau, Datuk Seri Acryl Sani, 59, akan dilantik secara kontrak bermula 4 Oktober ini hingga 3 Oktober 2023.
“Saya percaya keputusan ini bakal menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk memantapkan serta memperkasakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Tahniah dan selamat berkhidmat saya ucapkan kepada Yang Dihormati Dato’ Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani”, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara di Bukit Aman, hari ini.
Datuk Seri Acryl Sani, 59, akan dilantik secara kontrak bermula 4 Oktober ini hingga 3 Oktober 2023.
Acryl Sani dilantik secara rasmi sebagai KPN ke-13 pada 4 Mei lalu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak perkhidmatan.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply