Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJalan terus bersama PN, kerjasama UMNO belum jelas - Wan Saiful

Jalan terus bersama PN, kerjasama UMNO belum jelas – Wan Saiful

Bersatu dan komponen Perikatan Nasional, PN perlu membina jentera pilihan raya secara bersama, dengan semangat ukhuwah dan keluarga Malaysia harus dijiwai dan dizahirkan dalam perjuangan membela rakyat.

Ketua Penerangan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata walaupun masih tidak jelas sama ada UMNO akan bersama PN dalam PRU-15 nanti, BERSATU akan jalan terus bersama PN.

“Kita akan ‘jalan terus’ bersama parti-parti yang membentuk PN iaitu Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah).

“Kita mesti bergerak dan aturkan aktiviti bersama supaya rakyat nampak bahawa kita benar-benar ikhlas menjaga perpaduan dan kestabilan negara,” katanya.

Apa yang perlu dilakukan ketika ini katanya adalah fokus untuk menguatkan PN untuk menjaga rakyat, dan memulihkan negara.

“Masih tidak jelas sama ada UMNO akan bersama PN dalam PRU-15 nanti. Itu pilihan mereka.

“Bagi saya, kita teruskan agenda perpaduan politik Melayu Islam demi kemakmuran rakyat semua kaum serta agama. Akhirnya, biar rakyat yang membuat penilaian,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan dibuat Presiden Partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Bersatu hanya akan memberi kerjasama terhadap parti yang sealiran di bawah PN bagi berdepan PRU-15 akan datang.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, ketika ini pihaknya bersedia berdepan apa juga situasi termasuk kemungkinan bersama dengan UMNO sekiranya parti itu mahu terus bekerjasama, atau menentang jika sebaliknya.

Dalam pada itu, Datuk Wan Saiful berkata PN yakin tidak akan terkesan sekiranya berlaku pertembungan banyak penjuru pada PRU-15 akan datang.

Ini ketika ini, perikatan itu telah meletakkan standard yang tinggi dengan bertegas terhadap isu ketelusan, integriti, menolak salah laku dan penyelewengan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments