Sebanyak 14,554 kes positif Covid-19 direkodkan di negara ini hari ini.
Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter berkata secara kumulatifnya, kes positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 2,171,232 kes.
Sehingga 24 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 14,554 kes (2,171,232 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,244 (668,251)
Sarawak – 2,825 (193,434)
Sabah – 1,273 (192,224)
Johor – 1,807 (187,938)
WPKL – 271 (184,522)
Kedah – 908 (130,242)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 24, 2021
Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 2,825 kes, diikuti Selangor (2,244).
Manakala Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).
Kelantan merekodkan 910 kes, disusuli Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271), Negeri Sembilan (157), Perlis (65) dan Putrajaya (30).
3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 24 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu14,554 kes
• Bilangan kes kumulatif 2,171,232 kes— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 24, 2021
Tiada kes jangkitan Covid-19 direkodkan di Labuan.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply