Dengan sekali lafaz, penyanyi rap Zizi Kirana, 36, dan pelakon Yusuf Bahrin, 29, selamat diijabkabulkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju di ibu negara jam 10.30 pagi tadi.
Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Menerusi hantaran di Instagram peribadi, mereka memuatnaik photo dan klip video upacara akad nikah buat tatapan pengikut.
Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan dalam satu majlis tertutup mengikut operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
Pada majlis pernikahan ini, Zizi menerima mas kahwin sebanyak RM300, cincin, gelang tangan dan juga senaskah Al Quran.
Cantik dalam busana klasik baju kurung songket hitam bersulam emas hasil tangan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun dan tatarias oleh Datuk Alha Alfa, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil ini kelihatan berbeza dari kebiasaan.
“Kalau nak tahu, hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah. Semuanya dilakukan saat-saat akhir.
“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar dan pernikahan kami ini dipermudahkan.
“Insya-Allah, kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan.
“Doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah,” pohon Zizie lagi.
Tahniah Zizi dan Yusuf daripada kami di The Malaya Post
Semoga kekal bahagia ke akhirnya. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply