Penyanyi berkumpulan popular, Sarah Harding disahkan meninggal dunia pada usia 39 tahun akibat barah payudara.
Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu kepada penyanyi kumpulan Girls Aloud, Marie di akaun Instagram pada Ahad.
Menerusi perkongsian di Instagram, ibunya Marie menyifatkan anak perempuannya itu sebagai kilauan bintang yang bersinar.
“Ramai di antara anda semua sedia maklum bahawa Sarah berjuang dengan penyakit barah sehingga ke hari terakhirnya.
Turut terkesan dengan berita ini, anggota Girls Aloud Nicola Roberts dan Nadine Coyle.
Pada Ogos 2020 lalu, Harding mengumumkan bahawa beliau sah menghidap barah yang telah merebak ke bahagian lain tubuhnya.



Leave a Reply