Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKu Li gesa supaya undi percaya dilakukan segera

Ku Li gesa supaya undi percaya dilakukan segera

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilakukan segera di Dewan Rakyat.

Menurut Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan ringkas kepada The Malaya Post biarpun Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia sudah dilakukan Datuk Seri Ismail Sabri pada Sabtu lalu, namun, perkenan Yang di-Pertuan Agong itu hanyalah untuk satu ketika.

Justeru kata Tengku Razaleigh, adalah penting supaya undi percaya itu dilakukan bagi memastikan keabsahan sekaligus membolehkan Perdana Menteri memimpin negara tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak selepas itu.

“Sekiranya pengundian berlaku,  percaya atau tidak percaya dua hingga tiga minggu selepas angkat sumpah dalam keadaan di mana sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan sudah berubah dan telah mengalami kekalahan, jelas sekali Perdana Menteri dan Kabinet mesti berundur kerana sudah ditolak oleh Dewan Rakyat,” kata Tengku Razaleigh kepada The Malaya Post.

Sabtu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Ia selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu selepas kehilangan majoriti sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments