Mantan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan penuh beliau kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi satu kenyataannya di Facebook, beliau akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya telah menerima kunjungan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di kediaman saya petang tadi. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.
“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.
“Saya mendoakan semoga YAB Dato’ Sri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan”, katanya. –THE MALAYA POST.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply