Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMuhyiddin calonkan Ismail Sabri, yang terawal tandatangan surat akuan - Dr Abd....

Muhyiddin calonkan Ismail Sabri, yang terawal tandatangan surat akuan – Dr Abd. Latif Ahmad

Pagi ini, bermula jam 10 pagi, 114 ahli parlimen dari blok Parti Perikatan Nasional, Barisan Nasional, GPS, PBS dan Bebas bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Difahamkan kesemua surat akuan ahli parlimen yang diserahkan semalam akan diperiksa semula kesahihannya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada Jumaat pula calon PM-9 bakal dibincangkan dipertemuan khas Raja-raja Melayu dengan kemudian sesi ucara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Ironinya, menurut Ahli Parlimen Mersing yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd. Latiff Ahmad, cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9  pada awalnya datang dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Parti PPBM berhasrat kekalkan kerusi PM, tetapi kami akur dengan permintaan Tan Sri Muhyiddin agar Ahli Parlimen PPBM, dan semua Ahli Parlimen kompen parti Perikatan Nasional memberi sokongan untuk mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri”, katanya ketika dihubungi The Malaya Post.

Akur dengan permintaan Tan Sri Muhyiddin, kesemua 54 ahli parlimen daripada Blok Parti Perikatan Nasional iaitu PPBM (31), PAS (18), STAR (1) dan BEBAS (4) telah menandatangani SD bagi menyokong Naib Presiden UMNO ini sebagai Perdana Menteri.

Tambahnya, setelah Tan Sri mencadangkan, barulah parti-parti lain termasuk UMNO, membincangkan tentang pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri.

Kepada satu soalan lain yang diajukan, mengapa Tan Sri membiarkan laluan mudah untuk UMNO, sedangkan kejatuhan beliau sebagai Perdana Menteri berpunca daripada penarikan sokongan oleh 15 ahli parlimen UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional, PN dan Tan Sri Muhyiddin.

Ini jawab beliau.

“Tan Sri Muhyiddin seorang pemimpin politik yang sangat realistik. Saya mengenali Tan Sri selama 35 tahun sebagai ahli politik kemudian sebagai sahabat dan beliau tidak pernah mementingkan diri sendiri dengan kedudukannya. Tan Sri mengutamakan kepentingan ummah dan organisasi. Saya masih ingat beliau pernah cakap, ” “I am Malay first, but being Malay doesn’t mean I am not Malaysian,”  katanya ketika dihubungi The Malaya Post.

Mengakhiri temubual, beliau berkata beralah tidak bermakna kalah.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments