Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA114 Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri PM-9 - Sumber

114 Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri PM-9 – Sumber

114 ahli parlimen telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Menurut sumber, kesemua 50 ahli parlimen daripada Blok Parti Perikatan Nasional iaitu PPBM (31), PAS (18) dan STAR (1) telah menandatangani SD bagi menyokong Naib Presiden UMNO ini sebagai Perdana Menteri.

Sumber berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara ahli parlimen terawal menandatangani SD bagi menyokong Datuk Seri Ismail sebagai PM ke-9.

Dalam pada itu, surat akuan 50 Ahli Parlimen dari blok PN dan 4 Ahli Parlimen Bebas pro PN telahpun dihantar dan disahkan diterima oleh Istana Negara.

Ia termasuk 19 Surat Akuan dari GPS(18) dan PBS(1) yang juga di laporkan menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri
41 daripada 42 ahli parlimen juga telah menamakan Datuk Seri Ismail sebagai calon tunggal dari Barisan Nasional, BN.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan demikian menerusi ciapan di Twitter semalam.

“Berpadu bersama Presiden Umno Datuk Seri Dr (Ahmad) Zahid Hamidi, Timbalan Datuk Seri Mohamad Hasan, Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi) Umno.

“Dihantar hanya satu nama sebagai calon Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen Umno/BN pada 17/8/21 iaitu Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Sumber memberitahu, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun tidak menandatangani SD menyokong.

Dengan angka berikut, Datuk Seri Ismail Sabri mempunyai 114 undi.

Sementara itu, calon PM bakal dibincangkan di pertemuan khas Raja-raja Melayu Jumaat ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments