Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADoktor Say timang cahayamata ke-2

Doktor Say timang cahayamata ke-2

“I am now a father of two. Syukur ke hadrat Ilahi atas pemberian yg cukup istimewa ini.

Pengacara rancangan tv ‘Tanya Doktor’, Muhammad Shazril Bin Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Doktor Say berkongsi berita menyambut kelahiran anak keduanya hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram, isterinya Doktor Azura Abas selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada jam 8.14 pagi bertempat di Subang Jaya Medical Centre.

Bayi seberat 3.5 kg dan berukuran 51.5 cm itu diberi nama Sefriel.

Menurut Dr. Say, isterinya bersalin secara caesar kerana pihak pakar menyatakan kemungkinan Doktor Azura mempunyai 20% kegagalan untuk VBAC (Vaginal birth after caesarean).

“Long time back isteri pernah ada major operation pada perutnya yang menyebabkan ada banyak lekatan pada organ-organ dalamannya.

“Jadi kami tak mahu ambil risiko itu dan memilih kadeah caesar sebagai kaedah melahirkan anak kedua ini”, jelasnya sambil merujuk anak pertama mereka dahulu pun dilahirkan melalui ’emergency caesar’ akibat jerutan tali pusat pada lehernya.

“Saya terlepas waktu Ace lahir dulu. Maka kali ni saya takkan terlepas Sef lahir.

“Tak sabar nak tengok reaksi Ace bila kami bawak Sef balik nanti.

“Thank you so much for your warm wishes and du’a peeps!

Untuk rekod, Doktor Say dan isterinya, Doktor Azura berkahwin pada 30 Mac 2014. Mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei 2019.

Semoga kehadiran Sefriel akan menambah kebahagiaan dan keceriaan pada pasangan sama cantik sama padan ini.

Tahniah buat Doktor Say dan Doktor Azura. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments