Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPemberian vaksin untuk individu berumur 18 tahun ke atas disegerakan

Pemberian vaksin untuk individu berumur 18 tahun ke atas disegerakan

Tumpuan utama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK ketika ini adalah untuk memastikan pemberian vaksin COVID-19 kepada individu berusia 18 tahun ke atas berjalan lancar dan teratur supaya capai imuniti kelompok, mendahului kelompok lain.

 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pemberian janji temu untuk vaksinasi COVID-19 kepada golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, terutama yang sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera sejak Februari dan Mac lalu.

“Keutamaan tetap kepada kelompok dewasa dalam Fasa Tiga terlebih dahulu, termasuk pelajar Tingkatan Enam dan warga sekolah seperti guru, kakitangan sokongan, operator kantin, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.

“Sasaran kita capai imuniti kelompok kekal menjelang Oktober, bermakna sejumlah besar golongan dewasa akan menerima suntikan, ketika kita memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun pada pertengahan September,” katanya kepada media hari ini.

Kelmarin, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, memaklumkan, pemberian vaksin kepada kumpulan remaja itu akan bermula mengikut keutamaan, iaitu kepada remaja berusia 12 dan 17 tahun yang mempunyai masalah penyakit kronik.

Katanya, ia disusuli inokulasi kepada remaja 12 hingga 17 tahun tanpa masalah perubatan dan dibuat berdasarkan penurunan umur, dan kaedah pelaksanaannya akan diumumkan minggu depan.

Sehingga ini, lebih 26.8 juta dos vaksin sudah diberikan di seluruh negara, dengan 462,860 dos suntikan diberikan semalam.

Daripada jumlah itu, katanya, 16.7 juta individu yang merangkumi 71.4 peratus daripada 23.4 juta populasi dewasa di Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Selain itu, katanya, seramai 10.1 juta individu atau 43.3 peratus daripada jumlah keseluruhan golongan dewasa di negara ini sudah menerima suntikan lengkap vaksin berkenaan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments