Saturday, November 21, 2026
HomePOLITIKTiada seorang pun Ahli Parlimen lain ada sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat...

Tiada seorang pun Ahli Parlimen lain ada sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat – PM

Tan Sri Muhyiddi Yassin berkata melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah pilihan paling mudah untuk beliau menyelesaikan kemelut politik ketika ini.

Namun, sehingga saat ini, tiada seorang pun Ahli Parlimen lain mampu membuktikan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Yang di- Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.

“Saya patuh kepada Perlembagaan dan akan mengambil jalan terhormat untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku. Jika saya meletak jawatan pada masa ini, bukan saya seorang sahaja yang berhenti menjadi Perdana Menteri.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, saya hendaklah meletakkan jawatan seluruh anggota Jemaah Menteri. Ini bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara pada masa ini akan jatuh,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Tambah Tan Sri Muhyiddin, jika krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera.

Pentadbiran khusus untuk memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual turut terbantut.

Ini kerana, katanya, tempoh dua bulan akan datang adalah amat genting dan jika semua perancangan kerajaan dapat dilakasanakan seperti dijadualkan.

Tambahnya, negara akan mencapai imuniti kelompok pada Oktober.

“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, Perdana Menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembagaan. Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka Kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk.

“Sekiranya terganggu dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan kerajaan sah tidak dapat dibentuk, sasaran imuniti kelompok tidak akan dapat dicapai dan nyawa rakyat akan terus berada dalam bahaya,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments