Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAnak TPM turun padang bantu 'frontliners'

Anak TPM turun padang bantu ‘frontliners’

Penglibatan orang ramai sebagai sukarelawan dan sukarelawati di pusat pemberian vaksin Covid-19 (PPV) sangat di alu-alukan dalam usaha mempercepatkan proses ini dan seterusnya memastikan rakyat Malaysia menerima vaksin lengkap.

Terkini, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datin Nina Sabrina turut sama menyertai pasukan sukarelawan bertempat di PPV Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menerusi platform media sosial Instagram peribadinya, ibu kepada seorang cahayamata ini berkongsi foto serta pengalaman hari pertama bertugas di situ.

“Hari pertama dengan shif lapan jam. Saya menikmati pengalaman hebat bersama rakan pasukan yang peramah,” demikian kapsyen wanita berusia 34 ini.

Untuk rekod, Datin Nina merupakan puteri sulung daripada empat cahayamata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berkelulusan dalam jurusan Professional Communication Majoring in Advertising and Marketing dari Universiti Lim Kok Wing, dia turut memiliki Master Degree dalam bidang urusniaga dari University of Queensland, Australia.

Mendirikan rumahtangga dengan pereka fesyen terkenal,  Dato’ Jovian Mandagie pada 2013.

Semoga dipermudahkan usaha front liner kita ini dalam melaksanakan proses vaksinasi ini.

Tahniah Datin ! Teruskan usaha murni ini ya –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments