Penyanyi berbakat tanahair, Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Berita duka itu disahkan suaminya Shuib dalam satu hantaran di Instagram sebentar tadi.
“5.13 minit pagi pada 9 Ogos 2021, bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al Fatihah”, tulis Shuib
Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Terdahulu, penyanyi lagu Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan menempatkan rohnya dikalangan orang-orang beriman. Salam takziah buat Shuib sekeluarga 🤲🤲❤
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply