Saturday, November 21, 2026
HomeBERITALagi perhimpunan jalanan dianjur, Polis tidak akan tolak ansur

Lagi perhimpunan jalanan dianjur, Polis tidak akan tolak ansur

Selepas perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan, Sekretariat Solidariti Rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan akan menggerakkan rakyat untuk turun ke jalan pada 21 Ogos

Ia sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak meletakkan jawatan.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani meminta orang ramai supaya tidak menyertai sebarang aktiviti melanggar prosedur operasi standard (SOP) termasuk perhimpunan.

“Perancangan aktiviti sedemikian adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Tindakan itu juga membelakangkan keselamatan kesihatan dalam situasi semasa penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Tegas beliau, PDRM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang disyaki melanggar undang-undang dan SOP ditetapkan. –THE MALAYA POST.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments