Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAPenyanyi Fazli Zainal kini dirawat di hospital akibat Covid-19

Penyanyi Fazli Zainal kini dirawat di hospital akibat Covid-19

Pelantun lagu Harapan, Fazli Zainal, kini dirawat di sebuah hospital akibat dijangkiti virus Covid-19.

Menerusi petikan video berdurasi 7 minit di Instagram penyanyi berbakat ini memaklumkan dia kini dalam keadaan yang lemah serta kurang oksigen dalam badan.

“Salam, doktor ambil darah banyak kali. Badan aku lemah dah beb. Mereka takut ada lagi virus atau keradangan dalam darah aku sebab sampai sekarang aku masih perlukan bantuan pernafasan,

“Selain itu, nak pergi ke tandas dalam bilik ini pun seksa macam nak panjat gunung kerana tak cukup oksigen.

“Sepatutnya esok lusa aku dah okey, tetapi itulah lain orang lain komplikasinya. Memang aku susah nak tanggalkan oksigen macam ini,” maklumnya menerusi perbualan tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memanjatkan doa buat Fazli sekaligus memberi kata-kata semangat kepadanya untuk kembali sihat seperti sedia kala.

Semoga cepat sembuh ya 🙏 –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments