Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKelonggaran kepada penerima dos kedua diumum esok atau lusa - PM

Kelonggaran kepada penerima dos kedua diumum esok atau lusa – PM

Ini pula berita baik buat rakyat Malaysia.

Kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 akan diumumkan pada esok atau lusa.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kerajaan pada peringkat akhir memutuskan perincian berhubung kelonggaran itu.

“Esok atau lusa saya akan buat pengumuman yang ditunggu-tunggu ramai membabitkan mereka yang sudah dapat dua dos vaksin.

“Contohnya, kelonggaran dan kemudahan yang akan diberi membabitkan rentas negeri atau daerah, nak jumpa ibu bapa, suami isteri terpisah atau anak, itu akan diputuskan.

“Selain itu, ia membabitkan juga sektor sosial seperti ‘dine in’ (makan di premis makanan) bersama keluarga. Maka jika diumumkan kelonggaran nanti, restoran akan dibenarkan dibuka dan ia akan diputuskan sehari dua ini,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mobil FELDA Lenga Batu 27, siang tadi.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan makanan basah kepada wakil masyarakat FELDA Moakil, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 14 hingga 27 Julai lalu, di lokasi sama. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments