Friday, November 20, 2026
HomeBERITAMenteri Tenaga dan Sumber Asli letak jawatan

Menteri Tenaga dan Sumber Asli letak jawatan

 

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah sebentar tadi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber asli berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

“Pertama saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana saya diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri
Tenaga Dan Sumber Asli dan pastinya pimpinan UMNO yang
mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.

“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

Katanya, selepas ini beliau akan memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli. Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar”, katanya dalam satu kenyataan media. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments